Assalamualaikum..
Lama sudah Dila tak menulis di sini. Sejak kebelakangan ini, banyak sangat urusan dunia yang perlu di selesaikan. Belum lagi selesai satu hal, satu hal lagi yang timbul. Atas sebab-sebab tertentu la Dila dah lama tak menulis untuk entry terbaru.
Entry kali ni Dila nak kongsi pasal dugaan hidup. Semua orang mengalami nya bukan? Mungkin kadang2 kita akn terfikir, mengapakah dugaan ini sehebat ini. Pasti ada sebabnya bukan. Bila kita ditimpa musibah, apa yg kita akan rasa? kita akan selalu rasa sedih, pilu, runsing.. kita akan mencari tempat utk mengadu, bercerita masalah kita.. menyentuh hal pendengar,siapa pendengar masalh kita, mampu ke mak, ayh, kakak, kawan, abg n sesiapa saja mendengar masalah kita, apa yg blh mereka lakukan.. oleh hal demikian, di sini lah pentingnya pencipta kita. Apabila hambanya mengalami masalah, pasti kita akan mengadu kepada pencipta kita. Allah amat merindu keluh kesah hati kita. hati kita akan lebih dekat padaNya apabila kita mengalami kesusahan.
Itu la hikmah nya dugaan itu diberikan kepada kita. bukan sekadar sengaja diturunkan kepada kita. kita sebagai manusia memang x lari dari melalukan kesalahan, lalai, leka.. kadang2 dugaan itu juga untuk menyedarkan kita dari kealpaan. apabila kita berada di dalam keadaan selesa sentiasa, kita akan lupa siapa kita sebenarnya kerana tiada siapa yang akan mengingati kita.
Cuma utk menghadapinya tidak lah semudah yang disangka. Ia akan mengambil masa utk kita mencari jln penyelesaiannya. Dlm Al-Quran ada menyebut, Allah tidak akan memberikan sesuatu dugaan itu, jika Dia tahu hambanya tidak mampu menanggungnya. Oleh itu, kita seharusnya perlu bersangka baik dengan Allah dan berlapang dada. Ingtlah, kita ada Dia yg Maha Agung, Maha Hebat utk setiap hambanya yang menginagtiNya..
".. Dan sesiapa yg bertaqwa kpd Allah, nescaya Dia akn mengadakan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari arah yg tak disangka-sangka.dan sesiapa yang bertawakal kpd Allah,nescaya Allah akn mencukupkan keperluannya.." (65:2-3).