Saturday, October 8, 2011

Dugaan hidup..

Assalamualaikum..

Lama sudah Dila tak menulis di sini. Sejak kebelakangan ini, banyak sangat urusan dunia yang perlu di selesaikan. Belum lagi selesai satu hal, satu hal lagi yang timbul. Atas sebab-sebab tertentu la Dila dah lama tak menulis untuk entry terbaru.

Entry kali ni Dila nak kongsi pasal dugaan hidup. Semua orang mengalami nya bukan? Mungkin kadang2 kita akn terfikir, mengapakah dugaan ini sehebat ini. Pasti ada sebabnya bukan. Bila kita ditimpa musibah, apa yg kita akan rasa? kita akan selalu rasa sedih, pilu, runsing.. kita akan mencari tempat utk mengadu, bercerita masalah kita.. menyentuh hal pendengar,siapa pendengar masalh kita, mampu ke mak, ayh, kakak, kawan, abg n sesiapa saja mendengar masalah kita, apa yg blh mereka lakukan.. oleh hal demikian, di sini lah pentingnya pencipta kita. Apabila hambanya mengalami masalah, pasti kita akan mengadu kepada pencipta kita. Allah amat merindu keluh kesah hati kita. hati kita akan lebih dekat padaNya apabila kita mengalami kesusahan.

Itu la hikmah nya dugaan itu diberikan kepada kita. bukan sekadar sengaja diturunkan kepada kita. kita sebagai manusia memang x lari dari melalukan kesalahan, lalai, leka.. kadang2 dugaan itu juga untuk menyedarkan kita dari kealpaan. apabila kita berada di dalam keadaan selesa sentiasa, kita akan lupa siapa kita sebenarnya kerana tiada siapa yang akan mengingati kita.

Cuma utk menghadapinya tidak lah semudah yang disangka. Ia akan mengambil masa utk kita mencari jln penyelesaiannya. Dlm Al-Quran ada menyebut, Allah tidak akan memberikan sesuatu dugaan itu, jika Dia tahu hambanya tidak mampu menanggungnya. Oleh itu, kita seharusnya perlu bersangka baik dengan Allah dan berlapang dada. Ingtlah, kita ada Dia yg Maha Agung, Maha Hebat utk setiap hambanya yang menginagtiNya..

".. Dan sesiapa yg bertaqwa kpd Allah, nescaya Dia akn mengadakan  baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari arah yg tak disangka-sangka.dan sesiapa yang bertawakal kpd Allah,nescaya Allah akn mencukupkan keperluannya.." (65:2-3).

Wednesday, September 14, 2011

khalish oohh khalish...



muka nakal khalish.. tgh mamam pun blh main lg..
 


khalish sibuk main tingkap onyang. maklumla kat rmh khalish xde tingkap cam ni onyang..
  Dah lama tak update blog. Hari ini, rasa nak update pulak. entry di atas tu, disebabkan hari ni, sy asyik sebut nama khalish. mkn ngan khalish, tdo ngan khalish, sembang ngan khalish dan semua benda buat dgn khalish.. khalish ni cute sgt. nakal pun blh tahan. fuuuuhhhh... loose kepala lutut layan khalish. first day, jaga khalish. tp best juga jaga dia khalish walaupun penat. terhibur tgk keletah dia..
pic di atas di ambil masa hari raya.. tengok la muka dia yg nakal tu. ada je keje dia nak buat.

biodata khalish ni.....
full name: Hishamuddin Nur Khalish b Abdul Ghani
umur: 1thn 2bln
favourite cartoon: boboi boy
name glamerrrrr: khalish, muddin(mak ngah bg), din(teacher bg), adik(ibu n ayah bg)

tu je la yg blh sy citer.. bnyk2 x best la. dah xde privasi si khalish ni..

Thursday, August 12, 2010

salam ramadhan..

Alhamdulliah  bertemu lagi kita pd ramadhan kali ini. Rasa sangat bersyukur kerana kita masih lg diberi peluang utk bersama di bulan yg penuh barkah ini.. terdetik di hati ini apabila berakhirnya ramadhan adakah aku masih diberi peluang seperti ini..
rugi rasanya kalau kita membiarkan ianya berlalu begitu sahaja. hari ini sudah msk hr kedua kita berpuasa dan malam ketiga kita bertarawih.. awal2 ramadhan seronok rasanya melihat surau, masjid di penuhi dgn umat islam yg menunaikan solat terawih. harap keadaan ini akan terus berlarutan sehingga mlm terakhir terawih dan hari2 biasa... mari kita sama2 memperbaiki diri menjadi umat islam yg bkn sj pd nama. tetapi islam yg sebenar2nya.

Thursday, August 5, 2010

tayar pancit..

susah btl klo tayar pancit tetiba ni..
nk cr mechanics yg blh dtg ke tmpt aku susah la sgt. semua kedai nk aku hantar motor ke kedai diorg.
dlm keadaan hujan renyai2 ku redahkan jua demi kwn ku..
kesian kat dia sbb aku yg bt motor dia makin parah..
tayar meletup?
mmg susah nak percaya tp itu la yg telah terjadi..
pam punya pam alih2 tayar meletup.. kuat la sangat bunyinya..
last aku jumpa satu kedai kat sk 7 yg blh dtg ke tempat aku
uncle tu sgt la baik..
thank sbb memudahkan kerja saya..

Wednesday, July 28, 2010

kelas finance..

hari ni aku da kelas finance.. subject ni difficult to me to understand. maklumla aku mana da basic finance... tp aku sedapkan hati yg aku blh carry this subject.. but, pg ni mmg spoil mood aku pd finance.. my lecturer was lock the door. rs geram pun da. aku dtg awal dr dia, just keluar kejap g toilet, alih2 dia kunci pintu dr dlm.. ketuk punya ketuk pintu, dia x buka jg.. for a few minutes, aku duk kt luar kls.. and then clss rep aku tolong buka kn pintu. maybe slps mendpt kebenaran dr tuan besar br dia berani buka..